Observe clearer skin and noticeable results within weeks with our modern acne treatment. Treatment is quick and pain free.

results of acne treatment in Malaysia

TEMPAH SESI RAWATAN ANDA!






    Rawatan Jerawat di Malaysia – Hilangkan Jerawat Melalui Rawatan Laser atau Microneedling

    Bengkak kemerahan yang tampak jelas di muka, leher, dan belakang badan anda adalah dikenali sebagai jerawat atau jeragat dan akan mengakibatkan kecelaan kulit.


    Di antara sebab kemunculan jerawat adalah disebabkan oleh penjagaan kulit yang lemah atau diet, reaksi ubat, stress atau ketidak seimbangan hormon.


    Berita baik! Rawatan jerawat kami di Malaysia (Shah Alam) mempunyai pelbagai solusi untuk masalah anda termasuklah terapi semula jadi, laser & microneedling adalah disarankan untuk strategi penyingkiran jerawat secara kekal.


    Rawatan Penyingkiran Jerawat di Peters Radiant Clinic

    Rawatan laser adalah terapi penyembuhan cahaya yang akan memberikan kelegaan jangka masa panjang untuk penyingkiran jerawat. Kedua-dua rawatan laser dan microneedling akan menyingkirkan kecelaan kulit dan jerawat.

    Rawatan laser termasuklah penyuluhan cahaya lampu laser yang digunakan untuk mengurangkan pembesaran pembuluh darah.

    patient testimonials for acne treatment at Peters Radiant Clinic in Malaysia
    "I'm glad I went to Dr. Thina when I did for my onset of severe acne since mid 2018. I have no one but Dr. Thina to thank as she helped me through several months of procedures and advised me on the best skincare routines for my troubled skin. Today was our last session. I've made tremendous progress. No more active breakoutsMy acne has now cleared and my skin is looking more and more radiant by the day. Big thanks to Dr. Thina's expertise and skills." 

    - Amy Stalina 



    Kebaikan Rawatan Penyingkiran Jerawat 

    Kulit Tampak Bersih

    Anda pasti akan mendapat kulit yang bersih setelah memulakan rawatan terapi laser atau microneedling. Rawatan ini menghapuskan jerawat dengan aplikasi ubat-ubatan dan preskripsi untuk kesan terbaik.

    Perubahan yang jelas dalam beberapa minggu

    Rawatan ini sangat pantas, dengan kesakitan minima dan pelanggan dapat melihat perubahan selepas beberapa sesi.

    Dapatkan kembali keyakinan diri anda

    Dapatkan kembali keyakinan diri anda dan perhatikan kesan jangka panjang.


    Di Peters Radiant Clinic, kami akan menyediakan anda gambaran proses untuk penyingkiran jerawat yang pantas dan parut dari kulit anda, terutamanya di kawasan muka.


    Dapatkan konsultasi percuma di klinik kami untuk menghapuskan keraguan anda atau sebarang tanda tanya berkenaan rawatan jerawat terkini kami di Malaysia.


    Rawatan Parut Jerawat di Malaysia

    Beralih pula tentang rawatan parut jerawat.


    Tentunya parut jerawat di muka akan mengakibatkan tekanan, bukan itu saja malahan parut tersebut akan mengakibatkan impak negatif terhadap penampilan dan keyakinan seseorang.

    illustration of person with acne scar

    Pilihan Rawatan Penyingkiran Parut Jerawat di Peters Radiant Clinic

    Kesan parut jerawat adalah disebabkan badan anda bekerja terlalu lama untuk menyembuhkan luka yang diakibatkan oleh jerawat. Kesannya, kolagen berlebihan yang di hasilkan di dalam kulit akan kekal di sana, mengakibatkan parut jerawat.

    Rawatan penyingkiran parut jearawat bertindak untuk mengurangkan parut yang ditinggalkan oleh radang jerawat. Terdapat beberapa pilihan untuk rawatan ini:

    • Dermabrasion – Meratakan semula permukaan kulit dengan menggunakan berus high-speed, yang bertindak untuk mengurangkan atau menyingkirkan parut. Rawatan ini mengambil beberapa hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
    • Micro-dermabrasion – kurang intensif dari rawatan dermabrassion yang menggunakan Kristal halus untuk meratakan semula permukaan kulit. Walaupun tiada durasi yang tertentu untuk menampakkan kesan dari rawatan ini, anda akan perlu untuk hadir lebih dari satu sesi.
    • Chemical peels – Bahan kimia digunakan untuk menyingkirkan permukaan kulit paling luar untuk memberikannya kesan permukaan yang lebih lembut dan rata. Anda mungkin akan mengalami kulit kemerahan untuk beberapa hari.
    • Lasers – Digunakan untuk menyingkirkan permukaan luar kulit, mengkontur parut jerawat dan mengurangkan penampakan radang sekeliling parut jerawat. Anda akan perlu untuk hadir lebih dari satu sesi.
    • Fillers – Digunakan untuk mengisi parut jerawat dengan suntikan kolagen, lemak dan asid hyaluronic. Fillers ini akan diserap ke dalam kulit melalui suntikan dan sesi ini akan berulang untuk beberapa bulan. Walau bagaimanapun, tiada durasi tertentu untuk rawatan ini kerana kesannya berbeza mengikut individu.
    • Punch excisions – Sejenis pembedahan kulit yang menyingkirkan parut jerawat dengan cara memoting parut tersebut. Kesan lubang akan disembuhkan dengan jahitan atau skin grafting.
    • Skin grafting – Cebisan kulit normal akan digunakan untuk mengisi kawasan parut.


    Proses Rawatan Laser Parut Jerawat 

    Rawatan yang lebih digemari untuk rawatan parut jerawat ialah laser removal kerana ianya adalah rawatan yang non-invasive.


    Rawatan ini bertindak dengan menembus lapisan kulit paling dalam dan boleh menembusi tisu parut jerawat. Ia bertindak dengan menggunakan pantulan laser yang dibahagikan kepada ribuan kolum mikro yang dirujuk sebagai zon rawatan haba. Tembusan ini mampu mencegah pigmen sel sementara membantu membentuk kolagen baru.


    Pantulan laser ini merangsang sel kulit yang membentuk connective tissue dan menyembuhkan elastin dan kolagen yang tersingkir.


    Terdapat 2 kategori laser yang digunakan di Peters Radiant Clinic:
    1. Ablative
    Menyingkirkan tisu yang rosak melalui kaedah pengewapan, penyejatan dan mencairkan parut. Kaedah ini memerlukan masa yang lama untuk sembuh.

    2. Non-ablative
    Tidak menyingkirkan sebarang tisu dari kulit, walau bagaimanapun ia membantu mempercepatkan pembentukan kolagen. Mengambil masa yang singkat untuk sembuh, tetapi kesannya tidak sebagus ablative.


    Kebaikan Rawatan Parut Jerawat di Peters Radiant Clinic 

    Rawatan parut jerawat sangat membantu terutama sekali rawatan laser yang boleh siap secepat 15 minit, mebuatkannya sangat mudah dan cepat. Waktu rawatan juga sangat pantas dengan pilihan rawatan ini kerana kesannya dapat dilihat dengan sangat jelas.

    Pelbagai rawatan parut jerawat membantu mempercepatkan produksi kolagen dan regenerasi sel, memberikan kulit permukaan yang lebih rata dan mengurangkan warna parut dan kulit yang tidak sekata.

    Tidak kira klinik mana yang anda pergi untuk mendapatkan rawatan, apa yang penting ialah keyakinan diri anda dapat diperoleh semula dan kesan parut jerawat dapat disingkirkan dengan berkesan.

    For English translation of acne scar treatment, click here


    FAQs Berkenaan Rawatan Parut Jerawat:

    Q. Bolehkan parut jerawat disembuhkan?

    A. Ya. Perkembangan terkini dalam rawatan laser membolehkan parut yang paling teruk sekali boleh disingkirkan. Di Peters Radiant, kami menggunakan produk terbaik untuk penyingkiran jerawat di Malaysia.

    Q. Bolehkah jerawat muncul semula selepas rawatan laser?

    A. Ini bergantung kepada sebaik mana anda mengikut panduan selepas rawatan yang kami beri. Ianya amat penting bagi kami merangka panduan yang akan membendung pembentukan jerawat pada masa akan datang.

    Q. Berapa lamakah masa penyembuhan untuk rawatan laser?

    A. Ini bergantung kepada jenis rawatan laser yang ada, begitu juga dengan jenis parut. Masa penyembuhan boleh mengambil masa dari beberapa hari kepada beberapa minggu mengikut tahap keradangan jerawat.

    Q. Adakah rawatan laser menyakitkan?

    A. Rawatan ini tidak menyakitkan, jika ada kesakitan sekalipun ianya amat sedikit.


    Tempah Sesi Rawatan di Peters Radiant


    Our Location

    No 13-1 Jalan Anggerik Vanilla BE 31/BE,Kota Kemuning Seksyen 31 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia